HAPPY TEACHER'S DAY | Pertama sekali, ena ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapa ena yang tercinta. Walaupun sudah bersara sebagai guru, tetapi mereka tetap guru yang pertama dan selamanya untuk diri ena dan adik beradik yang lain. Sebelum mengenali dunia lagi, merekalah yang membimbing ena bertatih, berjalan, makan dan sebagainya. Sentiasa bagi kata kata semangat kepada kami adik beradik. Terima kasih mom dan dad. I love you.
Seterusnya, Selamat Hari Guru kepada cikgu cikgu ena yang telah mengajar dan mendidik ena ketika sekolah dahulu di Sekolah Rendah Hulu Bernam (1999-2005), Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Tg. Malim (2005-2007) dan Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak (2008-2009). Terima kasih sebab sabar dan tabah membimbing ena dahulu. Jasa mu tetap dikenang sampai bila bila.
Tak lupa juga kepada lecturer ena yang telah mengajar ena ketika di Center For Foundation Studies IIUM dan di IIUM Kuantan. Pengorbanan mereka memang tak mampu ena balas, yang Maha Esa sahaja yang mampu membalas jasa mereka.
Happy Teacher's Day kepada semua tenaga pengajar di dunia ini. Kepada kawan kawan sepejuangan ena dan juga kawan kawan blogger ena seperti Khai Artzfar, Cik Lyeen, Kak Mastura dan Muja, semoga you all satu hari nanti menjadi teacher yang cemerlang dan gemilang. Ena doakan you all dapat mengejar impian masing masing. InsyaAllah. Mana tahu suatu hari nanti, mereka ni lah yang akan ajar anak anak ena nanti. Who knows kan??