LIEBSTER AWARD | PART 3 | TENGKUBUTANG | Kali ini ena di tag oleh kak blogger yang cantik lagi menawan iaitu TENGKUBUTANG. Apa itu Liebster Award?? Liebster Award adalah satu aktiviti soal jawap yang sedang giat berjalan di dunia bloggers sekarang.
Cara caranya adalah si mangsa dikehendaki menjawab semua soalan yang telah disediakan oleh pihak pemangsa dan si pemangsa perlulah sediakan 11 soalan disertai dengan blog pilihan hati. Tapi maafkan ena, untuk kali ini ena rasa ena nak jawab soalan sahaja. Break the rules. Hehehe.
Okay, mari baca soalan yang ditujukan kepada ena serta jawapan ikhlas dari diri ena ni.
1)SUKA KUCING TAK? BERI SEBAB KENAPA SUKA / TAK SUKA KUCING
Suka gilaaaa dengan kucing! Tambah yang debab debab, nak gomol rasanya. Sebab
COMEL yang amat. Geraaaammmmm. I love cute things
Hobi ena ni berubah ubah ikut zaman. Tapi lately ni ena suka blogging dan
dengar lagu.
3) PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG TENGKUBUTANG
Bagi pendapat ena blog kemas, ringan nak load. Tapi kalau boleh tulisan entry kasi
kemas sedikit, bagi readers selesa nak membaca.
4) NAMA PANGGILAN ANDA DALAM DUNIA BLOGGER
Ena. Tapi ada je yang panggil beri beri. Errrrrr.
5) RAJIN JOIN EVENT TAK? KE MANA PERNAH PERGI?
Rajin tu tak adalah rajin sangat sebab kalau ada masa free je baru boleh join. Kalau nak
tahu, boleh rujuk kat sini ye (EVENT).
6) SEBUT BLOGGER MANA YANG ANDA PERNAH JUMPA FACE TO FACE
SETAKAT INI
Ramai blogger yang ena dah jumpa. Tak tersenarai rasanya. Huaaaaaaaaaaaa.
7) BLOGGER YANG PALING ANDA MINAT
Diri ena sendiri. Hahaha. Boleh tak letak jawapan macam tu?? Hahahaha
8) APA TUJUAN BERBLOG?
Tujuan ni sebenarnya berblog ini ikut diri masing masing. Bagi diri ena untuk meluaskan
pengetahuan ena tentang dunia dan mencari rakan rakan dari seluruh jenis golongan
9) BAGI 3 BENDA YANG PALING ANDA TAK SUKA BUAT
Ena tak suka marah sebab kalau ena marah, ena akan menggila. Ena tak suka pujuk
orang sebab tak reti nak pujuk mengeluarkan ayat comel comel. Ena tak suka di jaga
hati orang yang tak pernah hargainya. (Jujur)
10) DAH BERAPA LAMA JADI BLOGGER? (USIA BLOG)
Ena mula berblog 2010. Kiranya dan 4 tahun usia blog ni. Hehehe
11) TENGKUBUTANG SOMBONG TAK?
Kalau ada orang kata dia sombong, memang butalah orang tu. Hahahaha

Itu sahaja soalan jawapan dari ena. Hope kak TENGKUBUTANG berpuas hati dengan jawapan ena. Terima kasih, sebab tag blog ena sebagai blog pilihan.