POS MALAYSIA | TIDAK AMANAH | 2014 | Alhamdulillah, happy sangat bila petang tadi ena dapat kad raya dari kak blogger Kisah Tatie, yang telah sekian lama menunggu ketibaannya. Terima kasih banyak banyak kak Tatie atas kad raya yang diberi. Ena hargai sangat sangat.
Namun sangat mendukacitakan apabila sampul kad raya yang diterima sudah disentuh, sudah dibuka malah telah digam semula sebelum sampul tersebut sampai ditangan ena. Terus ena rasa tak sedap hati.Apa lagi, ena terus tanya kak Tatie untuk kepastian.
Sah! Sampul kad raya ni dah dibuka oleh pihak yang uruskan penghantaran kad raya ni. Tidak amanah langsung! Tengoklah tempat yang ena dah bulatkan dengan warna merah tu. Nampak sangat. Okay, ai is geram!
Yang lagi sadis, duit raya kak Tatie bagi kat ena pun lesap, tinggal RM1 sahaja. Yang lain habis diambil oleh pekerja yang tidak jujur dan tidak amanah ni. Bukan ena seorang je yang kena, kawan kawan lain pun kena benda yang sama. Kad Raya dari kak Tatie juga.
Nasib baik yang ena ni tinggal seringgit je. Kawan yang lain lesap terus duitnya. Bukan sedikit wangnya, banyak. Memang kayolah siapa yang ambil tu. Hurmmm, kesian kak Tatie. Geram tu memang geram tapi nak buat macam mana. Hurmmmm
Biarlah kejadian sebegini jadi peringatan kepada kita semua. Lepas ni jangan sewenang wenangnya bagi duit dalam bentuk wang tunai melalui pos sebegini. Macam macam boleh berlaku, kita juga menangis nanti. Kalau nak bagi duit, silalah buat cara yang lebih selamat.
Kepada pihak Pos Malaysia pula, harap pihak Pos Malaysia mengambil tindakkan yang lebih serius mengenai kes sebegini. Jangan lepas tangan begitu sahaja. Kembalikan kepercayaan kami.
Pokok pangkal diri sendiri. Amanah dan jujur ketika bekerja.