Quantcast
Channel: Ainaa Roseberry
Viewing all articles
Browse latest Browse all 266

TERBURAI USUS KUCING

$
0
0
Satu je persoalan ena sekarang, kenapa manusia zaman sekarang ni kejam sangat ye???




Pada petang semalam, ketika orang baru balik dari solat Jumaat, ena terjumpa kucing kat atas ni depan rumah ena. Masa tu ena tengah tidur, lepas tu my mom kejut ena suruh tengokkan kucing ni. My mom tak berani nak tengok. Ena ingat kenapalah kan, ada kucing cantik cantik tersesat kat rumah ke. Ena bangunlah dengan mamainya pergi tengok kat luar rumah. SubhanaAllah!!!!! MasyaAllah!!! Berdegup degup jantung ena tengok. Ya Allah!! Rasa nak pitam, kepala dah berpusing! Kalau you all tengok pun, akan tahu apa yang ena rasa.


Masa ena tengok, kucing ni masih HIDUP.


Laju je pernafasan dia masa ni. Masa ena dekat dengan dia, dia rasa kehadiran ena, dia angkat muka dia dan pandang je ke arah ena. Ena pula hanya tengok dan usap kepala dia je, buntu sangat sangat kepala otak ena. Ena turutkan hati nak je masukan semua usus kat dalam perut dia semula, lepas tu ambil benang dan jahit. Tapi itu menambahkan lagi kesakitan kucing ni.


Dahlah kat Tg.Malim ni tak ada klinik haiwan. Ya Allah, satu hari suntuk ena menangis sebab rasa bersalah sangat kat kucing ni. Tengah update ni pun, ditemani air mata. Ena tahu dia datang ke rumah kami untuk minta bantuan kepada kami tapi kami sendiri tak tahu nak buat apa. Nak call hospital haiwan pun tak tahu nombor.


Tak sampai 10 minit macam tu, kucing ni dah mati. Sekejap je masa berlalu, dan ena lega sedikit. Terima kasih Ya Allah sebab Engkau kurangkan penderitaan yang kucing ni. Better dia pergi dari terseksa kesakitan.


Masa kucing ni tengah mati, ena selongkar badan dia sebab nak tahu apa sebab jadi macam tu sekali. Ena yakin ni bukan kes langgar, kes gigit dengan anjing or apa. Perut kucing ni elok je terbelah macam kita buka zip beg. Macam kena belah dengan benda yang tajam. Muka dia elok, badan elok, tak ada pun lekok lekok celah mana. Sure! Ini mesti kerja manusia yang sangat kejam!!! Astagfirullah!



Rindu sangat kat poka. Kucing keluarga angkat ena. Sangat besau dan berat! 



Ya Allah, first time benda ni terjadi kat depan mata dan berlaku kat rumah ena pula tu. Apapun, semoga Allah beri balasan kepada manusia yang buat benda yang sangat KEJAM ni. Kau tak akan selamat! 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 266