Quantcast
Channel: Ainaa Roseberry
Viewing all 266 articles
Browse latest View live

PART 3: FLORA TERRACE

$
0
0



Alhamdulillah, sampai juga part yang terakhir untuk review Flora Terrace (Click). Kalau nak baca part satu dengan part dua, boleh klik kat atas ni ye. Bahagian kali ini, ena nak share gambar bersama dengan para blogger yang juga turut serta dalam event food review ini. Untuk pengetahuan you all, di sini juga pertama kalinya ena bersua muka dengan mereka semua. Selama ni kenal melalui facebook dan blog je. Am really really happy to meet them. ^_^


Seramai 21 orang yang hadir, 16 orang blogger dan selebihnya bukan blogger. Ramai blogger yang bawa pasangan hidup mereka masing masing. Ena pula bawa buah hati (Incik Dodot) je. Hehehe. InsyaAllah, tak lama lagi jadi pasangan hidup. Doa doakan lah ye~


Di bawah ni ena senaraikan nama yang hadir serta link blog/wp mereka.


Blogger:-

    1) Innanie Ariffin : http://www.coklateyes.my/
    2) Pelangi Cinta   : http://www.pelangi6767.my/
    3) Shakiddo         : http://shakiddo.com/
    4) Kifli Mally       : http://www.kiflimally.com/
    5) Nunu Eera       : http://teddypinkygurl.blogspot.com/ (Jamar's wife)
    6) Jamar              : http://jmr23.com/
    7) Careno            : http://marqiscareno.blogspot.com/
    8) Zaza                : http://83zaza.blogspot.com/ (Careno's wife)
    9) Ujang              : http://azfar9897.blogspot.com/
  10) Yana               : http://ctliyana86.blogspot.com/ (Ujang's Wife)
  11) Aty Fared        : http://vanillapink3113.blogspot.com/
  12) Me                  : http://www.ladyainaa.com/
  13) Dayah             : http://dengarisaya.blogspot.com/
  14) Bacthiar           : http://dengarisaya.blogspot.com/ (Dayah's Husband)
  15) Nadia Farahida : http://www.nadiafarahida.com/
  16) Eida                : http://msieda.blogspot.com/



Bukan blogger:-
  
   1) Aim Dot Dot (My Zauj-to-be)
   2) Syafiq ( Kifli Mally's friend)
   3) Syafiq (Nadia Farahida's Husband)
   4) Andi (Eida's Husband)
   5) Adik Yaya


Turn gambar gambar kami pula ye. Hehehe


Barisan kami. Dua baris meja makan telah disediakan untuk kami semua.

Dengan Kak Nadia Farahida. Yang invite ena ke event ni. Terima kasih kak.

Dengan kak Eida. ^_^ Seorang yang peramah.

Incik Dodot. 

Kamiiiiiii~ Hehehe

Pasangan untuk gambar di atas. Hahahahahaha.

Sedap sangat semua hidangan ni. Kalau nak tahu apa menunya, Klik Di Sini

Kak Inanie, Kak Nadia, Kak Ona (Manager FT), Kak Eida, Kak Nunu, Me, Kak Zaza
Kak Aty

Andi, Careno, Kiddo, Incik Dodot, Kak Ona, Ujang, Jamar, Syafiq (Hubby kak Nadia)



Apapun, jangan lupa cuba try test makan kat sini. Kalau dah cuba try test, sure nak datang makan lagi lah. Layanan dari pelayan pun bagus dan mesra. Kita nak makan pun rasa selesa dengan layanan mereka.





HANGOUT WITH SIS-IN-LAW-TO-BE

$
0
0


Sis-in-law-to-be!!?? Haaa hambek kau, panjang berjela jela pangkatnya. Hehehe. Entry kali ni ena nak share moment ena bersama bakal kakak ipar ena, ceewwaaaahhhh! Hehehe.


Sangat sangat bahagia dapat teman kakak sulung kepada Incik Dodot, Kak Ima pergi shopping di Ikea. Mula mula ena merajuk sebab tak dapat nak ikut Incik Dodot pergi shooting tapi Allah lebih Maha Mengetahui, hati ena ni lebih nak temankan Kak Ima. Well, sesungguhnya ikut Kak Ima lebih menggembirakan dari ikut si Dodot tu. Wakakakaka.


Seronok dapat tolong dia pergi beli barang, dah lama tak pergi window shopping. Asyik terperap je dalam bilik, hadap buku buku yang ada. Muak seyhh muak! Dulu masa asasi kat Petaling Jaya, selalu juga merayap pergi MidValley lah, Times Square la. 




Pada mulanya, kami pergi jalan jalan di area The Curve. First, take our late lunch at Marche Movenpick. Okay ini kali pertama ena makan kat sini. Oleh itu, ena rasa nak buat review sedikit mengenai restoran ni pada entry akan datang.


Memang suasana dalam restoran ni lain dari yang lain bagi ena. Cara nak order makanan dan minuman pun unik. First time wehhh, jakun sedikit. Hahahaha. Well, student macam ena ni mana mampu nak makan tempat mewah macam ni. Dua orang makan pun nak dekat RM200. Hewhewhew. Habis duit makan untuk seminggu. XD


Ni kak Ima. Terima kasih belanja ena macam macam pada hari tersebut.

Ena sememangnya makan banyak. Hahahaha. 

Cara nak ambil order kat sini. Yosh!! Nantikan review untuk tempat ni ye.


Macam macam Kak Ima belanja ena, banyak benda ena tak pernah try lagi selama ni. Dah la mahal mahal pula tu. Segan ena jadinya. Hehehe. Apapun, enjoy sangat sangat. Mula mula keluar dengan Kak Ima, memang rasa kekok sedikit. Tak reti nak sembang apa. Tapi dia ni peramah orangnya, so ena pun tak segan silu nak berborak dengan dia.


Tujuan utama kami sebenarnya nak ke Ikea. Tapi sebelum pergi ke Ikea, kami pergi Karoke dan tengok wayang di The Curve. Wayang bukan sebarang wayang yang Kak Ima belanja ni. Platinum Movie dia bawa ena pergi tengok. Perghhhh. Rasa macam Tuan Puteri gittteeewwww~


Toilet kt cinema ni.

Seorang RM40. Tengok cerita 47 Ronin. Bessstttt Siooot! Hahahahaha.



Hikhikhik, memang best sangat sangat. Tambahan pula,  dapat diskaun dari pekerja di Marche. Bak kata Kak Ima, peminat ena, Harharhar. Syukur Alhamdulillah, rezeki ena dan Kak Ima pada hari tersebut. Separuh harga kami dapat. Aaauuummm. Thanks to that guy. May Allah ease your day, Amin.


Bila ena dah kerja nanti, turn ena lak yang belanja. ^_^ Tak sabar nak tempuhi alam pekerjaan. Apapun, nantikan entry ena untuk food review kat tempat makan yang bernama Marche ni.


LEPAK DENGAN OH!MEDIA

$
0
0


Entri kali ni umpama nak start enjin kereta yang dah lama tak di hidupkan. Memandangkan ena baru habis exam, so ena nak aktif balik sementara tengah cuti panjang ni. Ada dua cerita lagi tertangguh tapi tak mengapa, lepas entry ni ena update ye.


Baru baru ni ena lepak di Panini Cafe, Desa Pandan bersama dengan Incik Dodot. Geng geng Incik Dodot dari Oh!MEDIA (click) pun ada sekali tapi tak semua yang ada  la. Hehehe. Ena duduk diam melantak makanan yang ada jela sambil tengok mereka ni berborak. Ngongek je masing masing. Ada je idea nak membahan masing masing tambah tambah si Shibli dari Oh! Geekz (Click)




Khai Hassan ( Oh! Media )
Shibli ( Oh! Geekz )
Incik Dodot ( Oh! Tidak )



Tengah buat review samsung Galaxy Tab 10

Ena baru tahu yang Shibli ni sama umur dengan ena. 

Review lagi. Well, Incik Dodot ni senior editor. 



Tak lama kemudian, mai pula kawan mereka dari Astro Awani iaitu Hilal Azmi. Tergoda sekejap ena tengok dia. Tinggi dan hensem. Bhahahahaha, jangan marah ye Incik Dodot. Rasa kecil je diri ni bila lepak dengan mereka. Siapalah ena ni kan kan kan. Nasib diri lah dapat zauj-to-be yang berkawan dengan artis artis. Hewhewhew.


Apapun ena enjoy lepak dengan mereka. Mereka memang sangat sporting cuma ena ni yang segan tak bertempat. Ahaks. Nak senyum pun rasa malu. APTB. Kah!




MARCHE MOVENPICK THE CURVE

$
0
0

Website: Marche Movenpick Malaysia (Click)



Tempat:G87, Ground Floor, The Curve, Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Reservations:03 77278461





MARCHE atau sebutannya 'Mar-shay' merupakan Bahasa Orang Perancis/French yang bermaksud "pasar/market". Oleh sebab itu, Marche ini bertemakan The Marche Fresh yang membawa maksud "Meals Like A Market Place".


Memang suasana dalam restoran ni macam suasana di pasar. Sebab itu, di entry ni ( HERE ), ena cakap keadaan restoran ni lain dari yang lain. Mula mula ena masuk, tergamam ena tengok dan hati mulalah tertanya-tanya "Eh, macam mana nak ambil order ni??" Nasib baik ada kakak Incik Dodot, memandangkan dia yang belanja ena. Dialah yang guide ena. Hehehehe.



Cara nak order: 

   1) Sebelum kita masuk ke dalam restoran ni, ada waiter/waitress bagi 
       macam tiket untuk seorang satu. *Nanti ena tunjukkan tiket tu macam
       mana*

   2) Bayangkan suasana dalam pasar, kita pergi kat mana mana gerai yang
       kita nak. Lebih kurang macam gerai mini yang mengasingkan pelbagai
       menu makanan dan minuman.

   3) Bila kita nak sesuatu makanan/minuman, kita tunjuk tiket yang kita
      dapat tadi, dan waiter/waitress akan cop di situ.

   4) Bila dah habis makan kesemuanya, kita tunjuk tiket tu kat kaunter 
       masa nk keluar.

   5) Pastikan tiket tu sentiasa ada, jangan hilangkan nanti kena denda.



Okay dibawah ni ena sharekan serba sedikit gambar suasana kat dalam restoran ni. Mana yang ena sempat snap jela. Sebab terlampau banyak menunya, so better you all pergi kat restoran ni dan tengok sendiri ye apa lagi yang ada lagi di situ.





HEAVY MEALS









VEGETABLES/ FRUITS/ SALADS






BEVERAGES









DESSERTS








TIKET








Begitulah suasana kat Marche ni. Kalau tetiba rasa nak makan mewah mewah dengan partners you all, bolehlah ke sini. Bila nak ambil makanan tu, beringat ingatlah sikit. Jangan main ambil je, nanti terlebih budjetlah pula. Memang rambang mata dibuatnya, selera perut pun menjadi rambang. So, berhati hati lah ye. Hahahahaha.



Ena nak share apa yang ena makan hari tu pun tak dapat sebab entry yang ini pun dah panjang berjela jela. Hurmmm. Aci tak nak buat entry yang lain?? hahahaha. Tengok la dulu keadaan, kalau ena rajin, ena post ye.


BREAK UP LETTER

$
0
0
Baca jangan tak baca. Ena cilok benda ni kat FB.





OOO CAMTUE EK - OOO DOT MY

$
0
0





ooo.my - ooo camtue ek | Bak kata ayah ena, dengan loghat Peraknya, hidup manusia sekarang ni diibaratkan "potek topi tongah menyalo". Makna di situ ialah zaman sekarang ni, petik je suiz kat tepi dinding, dah menyala lampu. Mudah dan semakin canggih. Orang zaman dulu hanya menggunakan "api dalam kaca, minyak dalam bosi" yang membawa maksud "pelita", nak dapatkan cahaya tu memang sangat sukar.


Sudah maju hidup kita sekarang ni dengan adanya teknologi yang makin canggih. Nak dapatkan info info terkini pun senang dengan hanya di hujung jari. Hadirnya gadget yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja, memudahkan lagi untuk kita mendapatkan maklumat terkini. Malah dalam tandas pun kita boleh search melalui gadjet yang kita miliki. Namun, pastikan line internet ada la ye. Weeee.


Hanya dengan adanya internet, kita dapat mencari info info terkini seperti isu semasa, pengetahuan am dan lain lain lagi, dengan tangkas dan pantas. *Itu pun kalau line internet laju la* Hehehehe. Isu semasa dan pengetahuan am ini memang sangat penting untuk kita ketahui dan janganlah jadi seperti "Katak di Dalam Kaca", dimana hidup dah serba modern, ilmu dipelajari dah penuh di dada tapi hal hal terkini satu haprak pun tak tahu. Aptb.


Oleh itu, kali ini ena hendak memperkenalkan sebuah blog informasi terkini yang boleh kita dapatkan sumber sumber berasakan pengetahuan am serta isu semasa.... iaitu ooo.my (click)





ooo camtue ek










Blog yang ringan dan mudah di access. See, semua sekarang makin mudah. Apa lagi, jom terjah blog ni untuk mendapat informasi terkini.


DESIGN BLOG BY SHEDA UCU

$
0
0

Ramai yang bertanya pada ena, di mana ena tempah design untuk blog ena ni. Ada yang kata ena yang design sendiri. Memang idok le ena nak edit sendiri. Dulu dulu ena rajin edit blog, tapi lately ni malas sedikit. Hehehehe. Coding pun dah lama tak belek belek, bila start nak baca balik rasa tingtong. Hewhewhew.


Ena tempah kat kak Sheda Ucu je. Dia memang pandai bab bab edit ni. Mula mula, ena just tempah cover photo untuk timeline fb ena. Lepas tu, tetiba hati ni nak tukar design di blog pula. Rezeki poket pun adalah sikit sikit masa tu. Bosan tengok design blog yang dulu sebab dah setahun lebih guna. Huhuhuhu.


Kat bawah ni ena share link untuk hubungi kak Sheda ni.








Di bawah ni pula adalah hasil yang kak Sheda buat untuk blog ena. Memang kemas dan sangat berpuas hati. Cantik pula tu, bertambah ringan blog ena.



Header.


A part of body



Footer




Kalau berminat, bolehlah tempah kat Kak Sheda Ucu. Mengenai harga, better you all pergi berunding dengan Kak Sheda sendiri ye. Kot kot boleh dapat diskaun ke. Hikhikhik. Jangan segan silu nak discuss dengan dia, dia okay je. Jenis tak makan orangnya. Weeeeee. 




PARALLAX AFTER EFFECT BY AIM DOT DOT

$
0
0

Hari ni ena nak share video yang Incik Dodot yang buatkan untuk ena. Ena tak minta pun dari dia, dia yang saja saja buat untuk ena. Okay, terharu sangat sangat. Ni nak sayang lebih ni. Eeeeehhhhh... XD Walaupun video ni hanya beberapa saat, tapi process pembikinannya bukanlah sesenang yang disangka demi mengekalkan kualiti video itu.



Cilok gambar dari Incik Dodot



Ena pernah tengok dia edit video untuk client dia, perghhh pening ena. Tak fahamlah satu haprak apa yang Incik Dodot ni tengah touch upkan. Huhuhuhu. Okay okay, jom tengok video yang hanya beberapa saat ni.



PARALLAX AFTER EFFECT: AINAA ROSEBERRY




Sesiapa nak buat video untuk pengiklanan or apa apa jelah, boleh la contact fb Incik Dodot ni ye. Harga boleh dirunding. Weeeeee.



FB: Aim Dot Dot (Click)






ZAMIR JUARA MASTERCHEF MALAYSIA ALLSTAR 2013

$
0
0




Alhamdulillah, berakhir sudah Masterchef Malaysia Allstars 2013 pada malam ni. Hanya dua orang yang telah bertanding demi menentukan siapa juara Masterchef Malaysia Allstars untuk kali ini. Pesertanya adalah Cellina dan Zamir. Dah semestinya sudah ada pemenangnya. Jeng jeng jeng...... 






TAHNIAH ena ucapkan kepada ARSHAD ZAMIR kerana telah menjadi juara untuk Masterchef Malaysia Allstars untuk kali ini. Dalam hati ena, memang dah jangka Zamir ni yang akan menang. Alhamdulillah, apa yang tergerak dalam hati ena, memang betul betul terjadi. Aaaauuummm. Ena memang sokong dia habis habisan sejak dari mula lagi. His age younger than me kalau tak silap. Aishhh hensem pula tu. Terdode ai. X3


Kepada Cellina, tahniah untuk dia sebab dapat jadi naib juara untuk Masterchef Malaysia Allstars untuk tahun 2013. Walaupun tak berjaya menjadi juara, tapi am still proud of you sebab dapat bertahan sampai ke tahap ini. You memang great lady! Hehehehe.




SBB2014 MAJLIS RAMAH MESRA BLOGGER NUSANTARA

$
0
0

Sepetang Bersama Blogger 2014 a.k.a SBB14. Ena di sini ingin menjemput para blogger di luar sana untuk join SBB14 kali ini yang diadakan dengan meriah sekali. InsyaAllah. Bukan selalu SBB14 ni diadakan, so apa lagi jangan lepaskan peluang untuk join dan hadir ke SBB14 ni. Event ni memang ditunggu tunggu oleh para blogger seMalaysia, ena pun rasa excited nak pergi. First time ena join ni. Aaaauuummmm







KENAPA MESTI HADIR???

1) SBB14 kali ni ditaja oleh Yeo's Malaysia

2) Hadiah yang menarik untuk cabutan bertuah telah disediakan seperti Iphone 5s, Ipad Mini dan banyak lagi.


3) Berpeluang untuk berjumpa dengan para blogger yang hebat dan terkemuka di Malaysia.

4) Lokasi SBB14 lebih menarik dan luas. Selesa dan memudahkan. Bukan calang calang tempat. Nak bergambar pun comel sebab suasana di tempat kejadian memang cantik. Ena dah pernah pergi dulu.

5) Mengeratkan hubungan persahabatan dengan para blogger yang lain, seMALAYSIA malah seASIA TENGGARA.

6) Lastly, boleh berjumpa dengan ena dan Incik Dodot di sana. Eeehhh, pun boleh. Hahahaha





Apalagi, jom la sertaiSBB14 ni bersama sama. Ramai ramai yang join baru best bagi memeriahkan lagi suasana event SBB14 ni. Tambahan pula, ena pun teringin nak jumpa kawan kawan blogger yang lain yang ena belum pernah berjumpa.



Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


Kalau nak join, sila berdaftar di sini------> Daftar SBB14


Jomlah join ye, tempat terhad ni. Cepat cepat, nanti terlepas. Kita belum tahu, tahun akan datang kita dapat join lagi ke tak. Fikir fikirlah ye. Weeeee. Selain itu, masa nilah kita nak mengeratkan lagi hubungan sesama kita. So, ena dah join, you all bila lagi??? Hehehehe. 




MINGGU DEPAN EXAM

$
0
0

Blog mungkin agak terabai dan tergendala seketika. Minggu depan, ena akan menghadapi midterm examination selama 4 hari. Hurmmm, cepat je masa berlalu tapi tak mengapalah. Ena bersyukur sebab raya haji nanti boleh ena enjoy sejenak. Tak payah nak semakkan kepala ni fikirkan exam. Weeeee.



I love Hello Kitty and I love pink!




Itu sahaja ena nak cakap. Doakan kejayaan ena ye. InsyaAllah. Amin~






POPIAH S.S ALI SEKSYEN 7 SHAH ALAM

$
0
0

Kepada mereka yang sudah berada di Shah Alam dan rasa tekak tu teringin nak makan popiah basah ke popia goreng keee, ena cadangkan you all pergi terjah dan melantak di Popiah S.S Ali. Restoran ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Kalau you all rasa nak pergi, restoran ini berhampiran dengan Gedung Gulatis, Sendayu Tinggi dan Secret Recipes. You all cari kedai Gulatis la senang kat Seksyen 7 ni sebab restoran Popiah ini terletak sederet dengan Gedung Pakaian Gulatis. 

Restoran ini juga berhampiran dengan I-City serta berdekatan dengan UITM Shah Alam. Kalau you all pergi I-City, jangan lupa singgah makan kat sini. Keadaan restoran pun bersih, selesa pun selesa, nak cari parking pun senang. Apapun, menu kat sini bukan setakat popia jee, tapi nasi ayam, mee rebus, rojak puuunnn ado. Memang SODAAAPPPP wa cakap sama luuuu~



Popia basah, pilihan ena. Sos popia ni pun sedappp. I loikeee!

Nasi Ayam kat sini memang terbaik. Dah la kuantitinya banyak dan harga pun murah. 
Puas hati 

My favourite, air Longan. 

Jus tembikai laici, pilihan kak Meeya Techik.


Itu jelah menu yang ena boleh tunjuk dan share sebab masa ni makan berdua jeee dengan kakak blogger Meeya Techik (Click). Kalau order banyak banyak nanti, tak terhabis pula. Dah la si kakak techik ni tak mamam banyak. Membazir jee nanti kalau order macam macam. Heheheheh.


Blogger Meeya Techik (click)

Ini blogger picisan jeee. Hehehehe


Kalau mai area sini, jangan lupa roger ena ye. Auuummmm.



TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

$
0
0

Tercapai juga hasrat ku untuk menjejak kaki di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) ni atau lebih di kenali sebagai Bukit Cerakah. Selama ni, ena tahu melalui kat FB or blog orang lain je. Tambahan pula, ena memang teringin sangat nak berbasikal di area bukit bukau ni. Yela, nak rasa macam mana penangan berbasikal naik turun bukit, best ke tak best ke. Apa lagi, alang alang dah ada kat Shah Alam ni, jom kita EXERCISE!


Info mengenai TBNSA ini:-


       Lokasi:           Taman Botani Negara Shah Alam 40000 Shah Alam, Seksyen 8
     
       Waktu Operasi: 8.30am ~ 5pm (Selasa - Ahad) 
                                 *Isnin ditutup kecuali cuti sekolah / kelepasan awam*

       Kemudahan:      Bus, basikal, tempat letak kereta, kedai makan dan toilet

       Contact:           tbnsa@moa.gov.my (Email)




TBNSA ini sesuai untuk kita melakukan aktiviti riadah bersama sama dengan orang yang kita sayang. Cuaca yang segar dengan alam flora dan fauna yang ada di sini serta banyak juga tempat yang boleh dilawat seperti Taman Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Kaktus, dan pelbagai lagi tempat yang menarik. Tapi ena tak sempat nak pergi semua tempat sebab penat yang amat sangat. Huuuu.


Di bawah ni, ena nak share gambar pengalaman ena di TBNSA bersama dengan kawan kawan yang lain.



Sekepala untuk dewasa RM3

Tempat sewa basikal yang jenis high power. Harga pun power. So ena ambil
basikal yang kurang power. Hohoho

Jom kita start our journey.

We are rempiters! Hahahaha Rempit dengan basikal. 

Okay, baru tahu penangan bawa basikal naik bukit bukau. T_T

Penat yang teramat sangat tapi ni baru sikit. With kak Farhana Zaizira

Our team. Yang lelaki jalan kaki, yang perempuan bawa basikal. Hewhewhew

Gagahkan diri untuk teruskan perjalanan. 

With pony yang sangat jinak. Sampai badan ena pun dia nak jilat. Eeeerrrr

With Kak Dya Nabeha and Kak Farhana Zaizira. Di Taman Haiwan


Burung yang sangat garang. Tapi peduli apa eden. Eden lagi garang tau. Hahahaha

Kakak blogger yang techik molek, Meeya Techik 

Hehehe, kakak kakak ena yang techik dan comel. Aaauummmm

Ena seorang je yang 22 tahun, yang lain semua dah 25 tahun. Huuuuuuu.



Teringin nak pergi?? Apa lagi, jomlah terjah ke Taman Botani Negara Shah Alam ni. Memang berpuas hati dan sangat best. Penat tu jangan dicakaplah kalau jalan kaki atau berbasikal tapi sangat enjoy.  Kalau tak nak penat, you all boleh naik bus yang telah disediakan. 



          

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014

$
0
0
Alhamdulillah, berakhir sudah event yang dinanti nantikan oleh para blogger selama ini iaitu Sepetang Bersama Blogger 2014 / SBB2014. Satu event yang sangat besar untuk para blogger pada tahun ini, so sememangnya sangat HAVOC!!! Terima kasih dan tahniah kepada pihak Yeos 2014 dan Denaihati (Click)  kerana telah berjaya menganjurkan event yang sangat meriah dan sangat bermakna bagi kami.




Apa yang buat ena gembira sangat ialah dapat jumpa dengan kawan kawan yang selama ni hanya berborak bergosip melalui facebook sahaja, seperti Nurmujahidah (click)Sheda Ucu (click), dan ramai lagi yang ena dapat bersua muka pada hari kejadian. Tapi malangnya, entah kenapa mood nak bergambar hilang ke laut. Hurmmm. Mungkin excited sangat kot sebab dapat bertemu dengan para blogger yang lain sampai terlupa nak bergambar bersama sama.

Selain itu, ena juga dapat menimba ilmu daripada blogger yang otai otai tentang banyak perkara yang berkaitan dengan dunia blogger. Walaupun bukan 100% ena berikan tumpuan tapi dapatlah juga input input yang penting dari mereka semua. Alhamdulillah, satu ilmu yang bermanfaat.

Okaylah, ena tak mahu panjangkan lagi entry ni. So, ena nak share gambar gambar kenangan yang mana ena sempat snap. Sorry sangat dan sila jangan terkejut tengok muka ena sebab muka ena kali ni memang sebijik macam kuntilanak versi baru. HOHOHO -_-


My another bff, Khai Artzfar (Click) dan kakak Emas Putih(Click)

Jadi photoboom. Serius muka macam kuntilanak. Hahahahaa.

Dengan kakak Dedeq De Wishes (Click).

Tayam ittew. Heheheh Tya Salmid (click)

My bff yang telah banyak membantu ena dalam dunia blogger ni, Uzair Othman (Click)

Mummy-to-be, Nory Zoulkefle (Click)

Pengg penggg penggggg. Dengan artis yang kacak lagi macho, Boni Kacak (Click)

My beloved partners, Irwan Alessa (Click) dan Mohamad Mukmin (Click)

Dengan blogger yang otai, Ben Ashaari (Click)

Geng senget, hahahaha, kakak Pen Merah (Click) dan kakak Norfa Lyana (Click)

Si kakak cantik dan peramah, Ayuejean (Click)

Si pondan dengan artis Nizam Ijam (Click)

With kak Eida Baharum (Click)
Kak Nadia Farahida (Click)
 Kak Nory Zoulkefle (Click)



Walaupun tak memenangi Iphone ke Ipad ke, namun alhamdulillah, rezeki ena untuk memenangi cabutan bertuah untuk minggu ketiga sebanyak wang tunai RM60





Ramai lagi blogger yang ena jumpa tapi maaf sangat tak sempat nak bergambar. Hurmmm. Ada rezeki lagi, kita bertemu semula dan kita snap sampai lebam, insyaAllah. Apapun, ena nak ucapkan ribuan terima kasih lagi sekali kepada pihak penganjur dan kawan kawan blogger yang lain kerana telah membuatkan hari ena sangat bermakna ketika event SBB2014 ini dijalankan. Itu sahaja entry untuk kali ini. Bubai~



MEET YANTY LEE AND HUZAIRIE YAHYA

$
0
0
Alhamdulillah, niat untuk bertemu dengan para blogger akhirnya tercapai juga. Selama ni ena nak sangat jumpa dan melepak bersama dengan mereka tapi yela tak ada kesempatan nak berjumpa. Now, I am very happy dapat hangout dengan mereka. Sangat sporting dan sangat gila gila! Eheeemmm, cerita ni sebenarnya sebelum event SBB2014 lagi.

Sedikit terkilan dalam jiwa sebab ketika di event Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014) ena tiba tiba menjadi seorang yang passive dan mood ena pun semua dah ke laut sebenarnya masa ni. Ramai juga kawan kawan blogger yang ena kenal dan rapat di Facebook tapi malangnya ena tak dapat bersua muka dengan mereka ketika SBB2014. Sedangkan mereka datang kot pada hari tersebut. Hurmmm. 



Kak Yanty Lee (Click) dan si buah hati ena Athirah Carelink (Click). Seharian kami melepak di Berjaya Times Squares, menonton wayang cerita Sejoli dan main bowling di situ. Kak Yanty Lee la yang teringin tengok cerita Sejoli ni. Alang alang ena tak pernah bersua muka dengan kak Yanty Lee, so apa lagi ena join la tengok sekali. Ena ni bukan jenis layan sangat cerita melayu *Maaf, jujur ni* tapi demi untuk jumpa kak Yanty Lee, ena layan jeee. Kih kih kih! Excited!






Hangout dengan adik adik ena, Huzairie Yahya (Click) dan Athirah Carelink (Click) di Sunway Pyramid. Okay, kenal tak siapa Huzairie Yahya couple seminggu ni??? Jeng jeng jeng. Apapun, doakan kecemerlangan keputusan peperiksaan SPM 2013 untuk Huzairie atau lebih dikenali sebagai Aery ni ye. Semoga dia dapat keputusan yang sangat memuaskan hati. InsyaAllah.



Alhamdulillah, mereka lah menjadi pengubat luka lara ena selama ni. Now, new life and new story. Hope dapat hangout macam ni lagi.  





THE DESSERT GALLERY

$
0
0


Mohon klik dan like: The Dessert Gallery


Nampak menarik bukan??? Teringin nak merasa?? Memandangkan Crispies ini sedang hot di pasaran dan ramai di antara kita yang ingin tahu rasanya bagaimana. Sedap ke tidak. Betul tak?? Oleh itu, hari ni ena hendak review  kudap kudap ini dari keluaran The Dessert Gallery (Fanpage).

Bukan setakat Crispies je yang ada, namun Cheesy Layer turut ada dijual di sini. Kepada yang gemar dengan makanan yang berkaitan dengan Cheese, bolehlah dapat di sini. Ada dua jenis perisa iaitu Marie dan Oreo. Malah itu Crispies pula ada 3 jenis, Mars, Berry Blackforest dan M&M's.

Sebenarnya ada banyak lagi balang ni, ena buat koleksi. Hahahaha.


Kepada yang ingin membelinya, bolehlah whatsupp atau call atau sms ke :  0173935863 (Amira / Meeya). Boleh juga PM ke facebook empunya nombor tersebut : Facebook Meeya Techik (Click)



CRISPIES

Wassup/call/sms: 0173935863 (Amira / Meeya)
Personal Message: Facebook Meeya Techik (Click)


Harga: RM8 (1 Balang)
Postage: RM6
Harga promosi: RM30 (3 Balang, include postage)


1) Blackberry Blackforest Crispies
2) M&M's Crispies
3) Mars Crispies





CHEESY LAYER


Wassup/call/sms: 0173935863 (Amira / Meeya)
Personal Message: Facebook Meeya Techik (Click)


Harga: RM8 (1 Balang)
Postage: RM6
Harga promosi: RM30 (3 Balang, include postage)




1) Cheesy Marie Layer
2) Cheesy Oreo Layer




Alhamdulillah, ena sudah rasa semua jenis Crispies dan Cheesy Layer dari The Dessert Gallery ni. Diikutkan setiap malam kot ena makan benda ni, memandangkan kawan serumah merupakan ejen benda ni, so senang la ena nak order. Harga yang murah dan mengenyangkan. Sampai ena jadi ketagih! Boleh kasi gemuk ni. Ini pun tengah slow down.  Huahuahua.


Apa lagi, jomlah kita ramai order kat sini. Ena sudah rasa, you all bila lagi?? Hehehee


RANKING MRSM SPM 2013

$
0
0

Alhamdulillah, hari yang dinanti nantikan oleh pelajar calon SPM 2013 telah tiba di mana keputusan SPM 2013 telah diumumkan pada hari ini. Dup dap dup dap. Perrrgghhh. Mesti berdebar debarkan masing masing demi menanti keputusan yang bakal diterima setelah 2 tahun bertungkus lumus pulun demi meraih kejayaan dan kecemerlangan. 

Tadi ena blogwalking di blog KimiJamai (Click) mengenai ranking MRSM untuk SPM 2014. Alhamdulillah, ena sebagai bekas pelajar MRSM Pasir Salak sangat berbangga dengan keputusan mereka pada tahun ni. Pada tahun Ranking MRSM 2012, MRSM Pasir Salak jatuh pada nombor yang ke 10, tapi kali ni meningkat 4 anak tangga. Wahhhhh! TAHNIAHHHH!






Apapun, ena ucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah. Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa kerana masih jauh lagi perjalanan hidup you all. Keep Moving Forward! Dont Stop!

Bagaimana dengan keputusan SPM ena?? Eheks, biarlah rahsia sebab ena bukan calon SPM 2013 puuunnn. Ena ni calon SPM 2009. Perkara yang dah lepaskan, jangan dikesali tetapi teruskan usaha demi meraih kejayaan untuk masa depan. Ceeewwaaahhhh. Apapun,  keputusan SPM ena alhamdulillah. Dapat membanggakan kedua dua ibu dan ayah ena. Itu sudah memadai bagi ena.


WHAT IS FEEDMILK??

$
0
0



Mohon terjah!!!

Website: www.feedmilk.com (Click)
Facebook: www.facebook.com/feedmilk (Click)
Instagram: @feedmilk




Assalammualaikum dan selamat sejahtera you all


WHAT IS FEEDMILK?? | Hari ini ena nak share mengenai satu rekaan baju yang terbaru iaitu baju menyusu. Ehemmmm! Tetiba la pula ena nak share benda macam ni. Haiiippp, bukan bermakna ena dah nak jadi ibu ke apa  okay tetapi ena nak  kongsi pakaian terbaru ni untuk kawan kawan ena di luar sana sama ada yang bakal menjadi seorang ibu atau yang sudah selamat digelar seorang ibu. Baju ini diberi nama Feedmilk sama dengan nama syarikat ini sendiri iaitu FEEDMILK (Click). Nama seakan jenama susu kan tapi sebenarnya Feedmilk ini menyediakan pakaian untuk memudahkan para ibu yang hendak menyusukan anak kecil mereka.






Rekaan baju FEEDMILK (Click) ini direka khas demi menjamin kepuasan para pengguna kerana:- 


   1) Pemilihan fabrik untuk baju ini memang selesa.

    2) Khusus dijahit untuk disesuaikan dengan bentuk badan yang berubah 

        selepas bersalin

    3) Memberi keyakinan kepada ibu modern untuk berfesyen

    4) Penampilan terus terjaga untuk menyusu anak dikhalayak ramai

    5) Tidak mempunyai zip demi mengelakkan kecederaan pada bibir anak kecil



Selain itu, baju menyusu ni boleh dipakai sekiranya para ibu sudah tidak menyusukan anak lagi atas sebab struktur dan bentuk baju ni tidak nampak sangat seperti baju menyusu. So, you all boleh pakai pergi kenduri kahwin ke, jalan jalan makan angin ke dan macam macam lagi. Duit pun jimat.

Ada pelbagai warna dan saiz disediakan. Ena just share secara dasar sahaja. Kalau you all nak tahu lebih mendalam, bolehlah hubungi 
FEEDMILK (Click) di :-



Website: www.feedmilk.com (Click)
Facebook: www.facebook.com/feedmilk (Click)
Instagram: @feedmilk


NAMECARD BY ZAZA IMAN

$
0
0

Alhamdulillah, akhirnya dah ada namecard untuk blog ena. Selama ni pergi event mana mana, blogger lain yang bagi kad mereka kat ena. Ena tak bagi pun apa apa. Sedih! Now, boleh lah tukar tukar kad dengan mereka. Walaupun detail detail kat namecard ena tak banyak tapi tak mengapalah, janji ada. Next time boleh buat lagi memandangan servis yang ena ambil ni sangat memuaskan hati.





Ena tempah design + print untuk namecard ena dengan kakak blogger si comel ni, Zaza Iman ( click). Mula mula, sengaja je nak tempah kat dia memandangkan harga yang ditawarkan memang sangat murah untuk 100 keping. Tapi bila namecard tu dah sampai kat tangan, ena memang berpuas hati dengan kualiti yang ada pada kad tersebut.

So lepas ni, boleh ena tempah lagi kat Zaza Iman (Click) je. Kalau nak design sendiri dan minta dia printkan pun boleh. Macam macam lagi yang boleh dia design dan printkan, bukan setakat kad  je tetapi mug, jam, button pun boleh. Kalau you all nak tempah, bolehlah hubungi di :-




                                           Blog: http://www.zazazehra.com/ (Click)



Di bawah ni pula ena share gambar depan belakang namecard ena. Simple je ena minta kak Zaza Iman (Click) ni designkan sebab ena ni memang suka yang simple simple, janji nampak comel. Hahahaha. You all boleh minta design yang lebih HAVOC dan lebih cantik dari namecard ena.



Depan

Belakang



Berminat??? So, jomlah order dan hubungi dengan kak Zaza Iman (Click) ye.


JUS SERI MARYAM - ESSENTIAL PREGNANCY CARE

$
0
0

Hello sunshines! Apa khabar??? Hope semuanya dalam keadaan yang baik. Hari ni HOT mengenai isu MH370 yang telah dijumpai di Lautan Hindi tetapi masih dalam process percarian. Apapun, kita berdoa yang terbaik untuk kali ini dan sedekahkan al-Fatihah kepada yang terkorban sekiranya ada yang terkorban.

Okaylah, ena tak mahu cakap panjang mengenai MH370 ni. Kali ini ena nak memperkenalkan salah satu produk khas untuk ibu mengandung dari keluaran YD Health and Beauty (click) iaitu Jus Seri Maryam-Essential Pregnancy Care. 




Mohon klik dan like: https://www.facebook.com/YDHealthBeauty (Click)



JUS SERI MARYAM adalah sejenis minuman kesihatan untuk ibu mengandung yang mengandungi 12 bahan semulajadi untuk memberikan keperluan yang secukupnya semasa kehamilan. Jus ini juga menggabungkan kesemua khasiat bahan bahan semula jadi yang sangat baik untuk diri ibu yang mengandung serta bayi di dalam kandungan. 

Kelebihan jus ini ialah jus ini telah dialunkan dengan bacaan Surah Maryam sepanjang proses pembuatannya sebagai ikhtiar untuk memudahkan ibu untuk melahirkan anak. Hasilnya juga ibu akan kelihatan sihat dan cergas. Bayi yang dilahirkan juga sihat dan memiliki kulit yang cantik dan gebu. 





Apakah kandungan Seri Maryam?

       - Estrak Delima

       - Estrak Kurma
       - Collagen (Sisik Ikan)
       - Estrak Anggur
       - Lobak Merah
       - Acai Beri
       - Ceri Merah
       - Kacang Soya
       - Lutein
       - Halia





Adakah Seri Maryam ini selamat diminum??

Sangat selamat. Seri Maryam telah dirumuskan secara klinikal dan telah mendapat sijil penghalalan dan keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengeluar oleh kilang yang mempunyai GMP. Selain itu, mereka akan melindungi ibu mengandung dengan insuran produk bernilam RM1 Juta.

Seperti mana yang kita tahu bahawa dalam penghasilan produk untuk ibu mengandung adalah sukar, oleh sebab itu penghasilan yang berkualiti serta mematuhi piawaian adalah sangat penting bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat dan terkawal. 








Kepada yang berminat, you all boleh berhubung dengan mereka di :-


Phone: 03-55240988



Viewing all 266 articles
Browse latest View live