KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014 | Rahsia kejelitaan kulit seawal 7 hari bersama dengan Ephyra. Ephyra adalah
minuman kesihatan keluaran
OceanLife dan sesuai di ambil oleh semua golongan. Di jamin keselamatannya oleh KKM dan halal oleh JAKIM. You all tak perlu lagi risau tentang semua hal tu lagi.
Kelebihan Ephyra adalah merawat kulit kusam, menghilangkan parut jerawat dan juga mengurangkan jerawat di muka, memberikan kesegaran dan kelembapan pada kulit, dan mengurangkan lebam di bawah mata.
Pada
24.5.2014 (Sabtu), team
Ephyra dan team
Denaihati telah menganjurkan satu pertandingan yang sangat menarik iaitu
Ephyra Treasure Hunt. Seramai
27 blogger yang telah menceburi pertandingan ini.
Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan
satu kumpulan mempunyai 4 ahli yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Setiap kumpulan akan diberi nama mengikut ingredients yang terkandung dalam produk kesihatan Ephyra. Kumpulan ena adalah group nombor tiga dan diberi nama
ACAI BERI.
TEAM ACAI BERI:
Pada mulanya, kami semua dikehendaki berkumpul di Puspanita Puri , Persint 9, Putrajaya. Makan minum untuk waktu pagi telah disediakan oleh pihak atasan. Tak perlu risau lagi tentang semua tu dan hadirkan diri sahaja. Sebelum memulakan treasure hunt ini, kami semua telah diberi taklimat dan kata kata semangat dari pihak Denaihati serta pihak Ephyra.
Setelah selesai semuanya, baru kami dilepaskan untuk memulakan treasure hunt ini dan dikehendaki menyelesaikan semua soalan yang telah diedarkan untuk setiap kumpulan. First place yang kami tuju adalah
Taman Botani Putrajaya.
Di Taman Botani Putrajaya, kami dikehendaki mencari nombor siri, nama sainstifik dan nama tempatan untuk pokok pokok yang terdapat di taman ini. Sambil mencari treasure, sambil kita timba ilmu tentang alam flora. Alhamdulillah.
Apa yang perlu kami lakukan untuk task yang seterusnya adalah ber 'SELFIE' di depan banner Ephyra yang betul betul terletak ditepi jalan raya. Fiiiuuuhh! Best juga dapat selfie tepi jalan raya ni. Tak pernah ena buat sepanjang umur ena.
Kereta yang ada kat jalan raya pakat pakat hon kat kami. Kerana nak menang, kami abaikan semua itu. Janji semua task dapat disiapkan dengan selamat sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu KLIA2.
Selepas berpanasan selfie di tepi jalan raya, kami terus menuju ke KLIA2. Alhamdulillah, dapat juga ena jejak kaki dekat KLIA2. Asyik tengok orang lain yang pos pasal KLIA2, ena pun nak juga tengok sendiri KLIA2 ni macam mana suasananya, macam mana keadaan tempatnya.
Ketika di KLIA2, kami dikehendaki berkumpul di Starbuck kerana pihak pengurusan semua ada disitu. Kebanyakkan task seterusnya di adakan di KLIA2. Kami kena berkomunikasi dengan pelancong pelancong yang ada di sini, kena cari nama kedai dan pelbagailah lagi.
Masa tamat adalah pada pukul 2.30 petang, so kepada group yang dapat buat banyak task, dapatlah markah yang tinggi. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sempat habiskan semua task ketika di sini tapi banyak juga yang telah selamat kami selesaikan.
Tamat sudah task kami kat KLIA2 dengan jayanya. Alhamdulillah. Selepas itu, kami pergi berehat dan makan untuk tengahhari pula. Makanan dan minuman tidak perlu beli lagi sebab semua tu dah disediakan. Kami hanya perlu bersiap sedia untuk ke Booth Ephyra JOM HEBOH PUTRAJAYA pula. Ada lagi task yang sedang tunggu kami di situ.
Kami semua dikehendaki berkumpul di Booth Ephyra JOM HEBOH kerana di sini adalah tempat terakhir dan penutup untuk Treasure Hunt kali ini. Sebelum tamat, kami diberi lagi satu task yang terakhir iaitu BLIND SOCCER, dimana kami dikehendaki main bola sepak dengan mata yang tertutup. Task ini dibuat semperna World Cup yang bakal menjelma tak lama lagi.
Cara permainan blind soccer ni adalah kalah mati. Dan team kami, Acai Beri telah berjaya gol kan bola ketika berlawan dengan team Tomato. Bila dah selesai game Blind Soccer ni, maka tamat la sudah Ephyra TreasureHunt 2014.
Masa telah tiba untuk ketahui team mana yang akan bawa pulang wang tunai sebanyak RM2000. Jeng Jeng Jeng. Group manakahhhhhhhh~
Jom scroll kat bawah ni.
Tempat Pertama (RM2000 + Gift Produk Ephyra ):
Group Glutathion
Tempat Kedua (RM1200 + Gift Produk Ephyra ):
Group ACAI BERI!
Tempat Ketiga (RM800 + Gift Produk Ephyra):
Group Tomato
Alhamdulillah, happy sangat kerana
kumpulan ena menang ditempat kedua. Syabas ACAI BERI!! Walaupun tak ada rezeki untuk menang ditempat yang pertama tapi ini sudah memadai bagi diri kami. Dan
tahniah juga kepada group yang lain kerana berjaya memeriahkan Ephyra TreasureHunt 2014 kali ini. Jumpa you all lagi nanti.
Itu sahaja perkongsian ena untuk kali ini. Maaf,
entry kali ni memang sangat panjang.Tapi terima kasih kepada yang masih sudi membacanya.
Kepada you all di luar sana yang ingin mengetahui mengenai tentang Ephyra ni dengan lebih lanjut, you all boleh hubungi pihak mereka di:-
Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238